Thursday 28 November 2013

Program Latihan Kemahiran dan Kerjaya

Posted by Admin  |  at  05:33 No comments

 
Konsep
Program ini menyediakan bantuan kewangan dan pengurusan bagi membolehkan kumpulan sasar mengikuti kursus-kursus latihan kemahiran serta kemahiran asas MLVK (Sijil Kemahiran Malaysia SKM I dan SKM II).
Kumpulan Sasar
Kumpulan sasar program ini ialah dari golongan miskin tegar yang berdaftar dengan pangkalan data Sistem e-kasih atau SPKR. Keutamaan akan diberikan kepada golongan berikut:
  • Ketua Isi Rumah (KIR) yang produktif;
  • Ahli Isi Rumah (AIR) yang tidak bersekolah dan tidak bekerja;
  • Ibu Tunggal (IT) miskin tegar yang mempunyai ramai tanggungan dan masih produktif;
  • AIR miskin tegar yang ditanggung oleh KIR ibu tunggal; dan
  • Suri Rumah (SR)/(AIR) miskin tegar yang ditanggung oleh KIR kurang upaya.
Komponen dan Kadar Bantuan
Kadar bantuan meliputi yuran pengajian, tempat tinggal, makan/minum peserta serta elaun peserta. Bagi kursus kurang tempoh sebulan, setiap peserta hendaklah diberi Elaun Hilang Pendapatan sebanyak RM25 sehari manakala bagi kursus lebih dari tempoh tersebut, Elaun Sara Hidup sebanyak RM150 sebulan hendaklah diberikan.
Tempoh Latihan/ Kursus
Kadar Bantuan Maksimum (RM)
Kurang dari 1 minggu (mengikut kesesuaian)
1,500
Jangka Pendek – 1 minggu hingga kurang dari 3 bulan (mengikut kesesuaian)
3,000
Jangka Sederhana – 3 bulan hingga kurang dari 6 bulan (mengikut kesesuaian)
5,000
Jangka Panjang – 6 bulan hingga kurang dari 1 tahun (mengikut kesesuaian)
10,000
Bagi kursus SKM I dan SKM II yang melangkau tahun semasa dan tahun berikutnya
15,000

Jenis Latihan
Kursus-kursus yang dijalankan meliputi bidang berikut:
  • Pertanian (ternakan, ternak air, nursery bunga-bungaan, dll)
  • Perkhidmatan (baik pulih kereta motor, baik pulih computer, dll)
  • Pembuatan (kulinari, pemprosesan makanan, kraftangan, dll)
Kaedah Pelaksanaan
Program-program ini dikenalpasti melalui agensi pelaksanaan yang dilantik iaitu:
  • Pejabat Pembangunan Negeri / Jabatan Pembangunan Persekutuan.
  • Agensi-agensi KKLW
  • Badan-badan bukan Kerajaan (NGO) dan swasta
  • Kementerian / Agensi lain
Muat Turun:
Borang Permohonan Program Latihan Kemahiran Dan Kerjaya (PLKK)


CLICK HERE FOR MORE INFO...

Tags:
About the Author

Write admin description here..

Get Updates

Subscribe to our e-mail newsletter to receive updates.

Share This Post

Related posts

0 comments:

Blogger templates. Proudly Powered by Blogger.
back to top