Konsep
Program
ini menyediakan bantuan kewangan dan pengurusan bagi membolehkan
kumpulan sasar mengikuti kursus-kursus latihan kemahiran serta kemahiran
asas MLVK (Sijil Kemahiran Malaysia SKM I dan SKM II).
Kumpulan Sasar
Kumpulan sasar program ini ialah dari golongan miskin tegar yang
berdaftar dengan pangkalan data Sistem e-kasih atau SPKR. Keutamaan akan
diberikan kepada golongan berikut:
- Ketua Isi Rumah (KIR) yang produktif;
- Ahli Isi Rumah (AIR) yang tidak bersekolah dan tidak bekerja;
- Ibu Tunggal (IT) miskin tegar yang mempunyai ramai tanggungan dan masih produktif;
- AIR miskin tegar yang ditanggung oleh KIR ibu tunggal; dan
- Suri Rumah (SR)/(AIR) miskin tegar yang ditanggung oleh KIR kurang upaya.
Kadar bantuan meliputi yuran pengajian, tempat tinggal, makan/minum peserta serta elaun peserta. Bagi kursus kurang tempoh sebulan, setiap peserta hendaklah diberi Elaun Hilang Pendapatan sebanyak RM25 sehari manakala bagi kursus lebih dari tempoh tersebut, Elaun Sara Hidup sebanyak RM150 sebulan hendaklah diberikan.
Tempoh Latihan/ Kursus
| Kadar Bantuan Maksimum (RM) |
Kurang dari 1 minggu (mengikut kesesuaian) |
1,500
|
Jangka Pendek – 1 minggu hingga kurang dari 3 bulan (mengikut kesesuaian) |
3,000
|
Jangka Sederhana – 3 bulan hingga kurang dari 6 bulan (mengikut kesesuaian) |
5,000
|
Jangka Panjang – 6 bulan hingga kurang dari 1 tahun (mengikut kesesuaian) |
10,000
|
Bagi kursus SKM I dan SKM II yang melangkau tahun semasa dan tahun berikutnya |
15,000
|
Jenis Latihan
Kursus-kursus yang dijalankan meliputi bidang berikut:- Pertanian (ternakan, ternak air, nursery bunga-bungaan, dll)
- Perkhidmatan (baik pulih kereta motor, baik pulih computer, dll)
- Pembuatan (kulinari, pemprosesan makanan, kraftangan, dll)
Program-program ini dikenalpasti melalui agensi pelaksanaan yang dilantik iaitu:
- Pejabat Pembangunan Negeri / Jabatan Pembangunan Persekutuan.
- Agensi-agensi KKLW
- Badan-badan bukan Kerajaan (NGO) dan swasta
- Kementerian / Agensi lain
Borang Permohonan Program Latihan Kemahiran Dan Kerjaya (PLKK)
CLICK HERE FOR MORE INFO...
0 comments: