Monday 26 August 2013

Tawaran Kursus, Seminar dan Latihan

Posted by Admin  |  at  00:18 No comments


Bagi memaju atau meningkatnya tahap kemahiran pekerja-pekerja, anda mungkin boleh menghantar mereka untuk mengikuti pelbagai program latihan.

Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani
Latihan yang diwujudkan di bawah kementerian ini adalah sebagai usaha menyokong pembangunan kemahiran pekerja dan usahawan dalam perniagaan membabitkan sektor pertanian. Klik pada pautan-pautan di bawah untuk maklumat lanjut mengenai program-program pembangunan kemahiran yang dikelolakan oleh agensi-agensi seperti di bawah:

Lembaga Pertubuhan Peladang
Pusat Pembangunan Perniagaan (BDC)

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna

Kementerian tersebut turut menawarkan khidmat latihan bagi usahawan dan pekerja untuk mempelajari asas keusahawanan serta memahami tatacara yang sewajarnya dalam hal berkaitan perdagangan tempatan dan kepenggunaan. Selain itu, Kementerian juga mengendalikan seminar dan bengkel mengenai undang-undang perdagangan melibatkan perniagaan dalam negeri.

Klik pada pautan-pautan di bawah untuk maklumat lanjut mengenai program-program pembangunan kemahiran yang dikelolakan oleh Kementerian berkenaan:
Program Latihan Dan Bimbingan Usahawan
Institut Latihan Peruncitan

Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KPUn)
Tersenarai di bawah merupakan agensi-agensi pembangunan kemahiran yang menawarkan latihan-latihan khusus untuk pekerja daripada pelbagai sektor perniagaan dan perusahaan. Agensi-agensi ini bekerjasama dengan kementerian dalam usaha mempertingkatkan kemahiran pekerja terutamanya pekerja tempatan.

Klik pada pautan-pautan di bawah untuk bantuan lengkap:
Kursus/Bengkel Keusahawanan Anjuran Bahagian Latihan Keusahawanan
Kursus Keusahawanan Institut Keusahawanan Negara (INSKEN)
Program Latihan Anjuran Bahagian Francais Dan Vendor
Pendidikan dan Latihan MARA
Maktab Kerjasama Malaysia
Latihan Keusahawanan BPIMB

Kementerian Sumber Manusia
Terdapat beberapa buah institusi kemahiran yang ditubuhkan di bawah seliaan Jabatan Tenaga Rakyat, Kementerian Sumber Manusia. Kursus yang ditawarkan meliputi peringkat sijil dan diploma dalam pelbagai sektor.

Klik pada pautan-pautan di bawah untuk butiran lengkap:
Pusat Latihan Pengajar dan Kemahiran Lanjutan (CIAST)
Institut Teknikal Jepun-Malaysia (JMTI)
Pusat Latihan Teknologi Tinggi ADTEC
Institut Latihan Perindustrian (ILP)

Multimedia Development Corporation (MDC)

Perbadanan Pembangunan Industri dan Sederhana (SMIDEC)

Institut Kemahiran MARA

Persatuan Badan Berkanun Malaysia (PBBM)

Pusat Pembangunan Usahawan Malaysia (MEDEC) (Bahasa Inggeris sahaja)
 

Tags:
About the Author

Write admin description here..

Get Updates

Subscribe to our e-mail newsletter to receive updates.

Share This Post

Related posts

0 comments:

Blogger templates. Proudly Powered by Blogger.
back to top