Monday 14 April 2014

KURSUS LATIHAN KEMAHIRAN (APRIL 2014)

Posted by Admin  |  at  21:08 No comments


Program Personel kursus latihan binaan CIDB akan diadakan pada 14 April 2014 hingga 18 April 2014 (5 hari) di dalam bidang-bidang seperti tertera di bawah ini dan bertempat di Akademi Binaan Malaysia (ABM), Jalan Chan Sow Lin, Kuala Lumpur sahaja.

Penyertaan berkelompok melalui persatuan-persatuan, organisasi-organisasi atau institusi-institusi yang melebihi 30 peserta boleh memohon untuk latihan dijalankan di kawasan masing-masing dengan syarat-syarat tertentu.

Antara kursus-kursus yang ditawarkan bagi SESI PAGI adalah :

1) Operasi Jentera Berat Backhoe
2) IBS Pre-cast Installer (Sistem Kerangka Panel Dan Kekotak Konkrit Pratuang)
manakala untuk SESI PETANG pula adalah :
1) Pendawaian Bangunan (Elektrikal)
2) Penyaman Udara dan Pengudaraan Mekanikal (Air-cond & Mechanical Ventilation)
3) Penyelengeraan dan Operasi Bangunan (Building Operation & Maintenance (B.O.M))

Kesemua kursus latihan adalah PERCUMA bagi pemegang KAD HIJAU CIDB yang masih aktif sahaja.

Kursus-kursus adalah selama 5 hari dan layak mendapat mata CCD 40. Sijil akan dianugerahkan oleh CIDB.

Bagi sesiapa yang berminat untuk hadiri latihan tersebut, sila masukkan maklumat di dalam borang di bawah.

Pihak kami akan menghubungi anda untuk pengesahan.
Bagi yang belum memliki KAD HIJAU CIDB, adalah dinasihatkan memohon melalui on-line atau di kaunter-kaunter pejabat CIDB berdekatan.

Syarat-syarat
1) Warganegara Malaysia
2) Sihat tubuh badan
3) Boleh membaca, menulis & mengira
4) Kelayakan umur 19 tahun – 55 tahun
5) MESTI mempunyai Kad Hijau yang masih sah tempohnya
6) Bidang berkaitan jentera, umur 21 tahun ke atas, mempunyai lesen “L” dan SPM.

CLICK HERE FOR MORE INFO...

Tags:
About the Author

Write admin description here..

Get Updates

Subscribe to our e-mail newsletter to receive updates.

Share This Post

Related posts

0 comments:

Blogger templates. Proudly Powered by Blogger.
back to top