Monday 14 April 2014

PROGRAM LATIHAN KEMAHIRAN PERTANIAN KEBANGSAAN

Posted by Admin  |  at  01:21 No comments



TUJUAN
Menggalakkan generasi muda melibatkan diri dalam bidang pertanian sebagai pekerja mahir dan pengusaha pertanian bertaraf komersil dan berskala besar melalui penggunaan teknologi terkini yang bersesuaian bagi meningkatkan kualiti dan produktivi sektor pertanian negara.

OBJEKTIF PROGRAM
  1. Menyediakan tenaga kerja terlatih untuk industri pertanian di semua peringkat pekerjaan iaitu pekerja mahir, penyeliaan dan pengurusan.
  2. Menyedia dan meningkatkan kemudahan dan keperluan latihan kemahiran pertanian.
  3. Melaksanakan transformasi sektor pertanian supaya menjadi sektor yang moden, dinamik dan kompetetif, selaras menjadikan sektor pertanian sebagai salah satu jentera utama ekonomi negara.

PELAKSANAAN
Program yang dijalankan adalah berteraskan Standard Kemahiran Pekerjaan Kebangsaan (SPKP) atau National Occupational Skills Standard (NOSS) yang menyampaikan latihan berasaskan kompetensi kemahiran (competency based skill training) dan memfokuskan kepada latihan amali, projek serta simulasi. Persijilan PLKPL adalah ditauliahkan oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran, Kementerian Sumber Manusia. Program ini menumpukan latihan dari aspek peningkatan pengetahuan dan kemahiran, pemantapan jatidiri pelatih dan amalan keselamatan tempat kerja.

PERSIJILAN
  1. Sijil Kemahiran Tahap 1 (SKM T1)
  2. Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 2 (SKM T2)
  3. Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 3 (SKM T3)
  4. Diploma Kemahiran Malaysia Tahap 4 (SKM T4)

BIDANG LATIHAN KEMAHIRAN PERTANIAN YANG DITAWARKAN ADALAH SEPERTI BERIKUT:
  1. Ternakan (Ruminan)
  2. Tanaman
  3. Akuakultur
  4. Teknologi Perikanan Tangkapan
  5. Pengedaran Makanan (Pemasaran)
  6. Pemprosesan Makanan



CLICK HERE FOR MORE INFO...

Tags:
About the Author

Write admin description here..

Get Updates

Subscribe to our e-mail newsletter to receive updates.

Share This Post

Related posts

0 comments:

Blogger templates. Proudly Powered by Blogger.
back to top